fbpx
KEADAAN banjir di Taman Inderapura di Kuantan.

Mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 10,740 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 10,740 orang berbanding 2,027 orang yang direkodkan semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata kesemua mangsa daripada 3,566 keluarga melibatkan lima daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran dan Jerantut.

“Kuantan terus merekodkan jumlah tertinggi seramai 8,613 mangsa diikuti Maran sebanyak 879 keluarga, Pekan (787 keluarga) dan Rompin sebanyak 432 keluarga.

“Jerantut yang menjadi daerah terbaharu banjir kali ini merekodkan seramai 29 mangsa daripada lapan keluarga,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya kesemua mangsa ditempatkan di 78 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah terbabit.

Dalam pada itu katanya, pada masa ini hanya dua sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Kuantan di Kuantan dan Sungai Pahang di Jerantut.

Tambahnya, dua batang sungai berada di paras amaran iaitu Sungai Dong di Raub dan Sungai Pahang di Maran.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI