fbpx
UQASHA berkata penderaan itu sudah berlarutan sepanjang empat tahun perkahwinan mereka termasuk ketika sarat hamil sehingga selepas dikurniakan cahaya mata.

‘4 tahun naik tangan, kaki, sarat hamil rambut ditarik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Mendakwa dipukul ketika hamil, pelakon Uqasha Senrose mendedahkan keganasan rumah tangga antara punca mendorongnya memfailkan perceraian terhadap suaminya juga aktor, Kamal Adli.

Uqasha, 33, berkata, penderaan itu sudah berlarutan sepanjang empat tahun perkahwinan mereka termasuk ketika sarat hamil sehingga selepas dikurniakan cahaya mata.

“Saya cuba untuk bertahan kalau dia naik tangan, naik kaki, maki hamun, tengking dan tinggi suara serta berkasar tolak-tolak badan.

“Tapi apabila adanya Uqaira (anak), dia masih juga dengan perangai sama malah dalam keadaan mengandung pun dia kasari saya.

“Sampai bila? Daripada mengandung kena tolak, sarat hamil tujuh bulan pun kena tarik rambut dan macam-macam lagi. Kenapa saya minta cerai? Perempuan takkan minta cerai kalau tiada ada apa-apa sebab yang munasabah.

“Kerana pentingkan anak dan kesihatan mentalnya yang masih kecil (dan) melihat ibunya ditengking, saya teruskan minta cerai,” katanya yang menangis selepas prosiding laporan Jawatakankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan, hari ini.

Uqasha yang ditemani peguam syarie, Muhammad Syazmee Sapian menjelaskan keputusan untuk berdiam diri dengan tidak mendedahkan kepada umum berhubung keganasan dilalui adalah demi menjaga aib.

“Saya ada bagitahu keluarganya yang saya dipukul. Keluarganya kata ‘mungkin ini cara kalian berbahagia’. Saya ada juga maklumkan kepada ibu mentua, namun dia minta saya terus bersabar.

“Kenapa saya minta cerai secara baik tak nak selesaikan? Saya tak nak bagi tahu benda ini (pukul). Kalau ini yang kalian ingin tahu, inilah dia. Saya diam, saya pendam, saya jaga (aib),” ujarnya.

Sementara itu, peguam sivil mewakili Uqasha, Asheeq Ali Seth Alivi memaklumkan anak guammnya sudah membuat empat laporan polis berhubung dakwaan dikasari.

“Arahan yang kami terima adalah kita akan teruskan untuk ambil tindakan yang sewajarnya melalui PDRM (Polis DiRaja Malaysia) dan juga proses Mahkamah Sivil.

“Buat pengetahuan media, daripada pihak Uqasha, empat laporan polis telah difailkan. Tiga laporan difailkan Uqasha manakala satu lagi dibuat ibu Uqasha.

“Semua laporan melibatkan aduan daripada Uqasha bahawa dia didera dan dipukul. Dinaik tangan, dinaik kaki. Untuk seterusnya, kita biarkan polis menjalankan siasatan.

“Kepada sesiapa yang tak bersetuju atau tak puas hati, atau mengatakan apa didakwa Uqasha tadi fitnah, mohon failkan saman fitnah terhadap Uqasha, hantar ke pejabat saya,” katanya.

Hari ini, prosiding permohonan perceraian yang difailkan Uqasha pada 1 Oktober lalu kini melalui proses JKP dan hakim syariah melantik hakam (penimbang tara) untuk prosiding pada 12 Januari tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN