fbpx
MONTIEL berjaya menewaskan Yamal dan Rice untuk menerima anugerah jaringan gol terbaik bagi Anugerah Puskas. - AFP

Sepakan gunting Montiel dinobat pemenang Puskas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DOHA – Pemain kelahiran Argentina, Santiago Montiel melakar kejutan selepas menerima Anugerah FIFA Puskas 2025 hasil jaringan luar biasa yang dilakukan bersama kelab Independiente pada Mei lepas.

Gol Montiel terhasil pada 11 Mei ketika perlawanan liga Independiente Rivadavia selepas melakukan sepakan gunting dengan jarak hampir 20 meter.

Montiel yang berusia 25 tahun mengakui tidak percaya apabila menjadi pemain Argentina kedua berturut-turut yang menggondol Anugerah Puskas selepas Alejandro Garnacho ketika mewakili Manchester United, tahun lalu.

“Terima kasih kepada semua yang mengundi, penyokong Independiente, pihak pengurusan kelab dan FIFA. Saya tidak sangka dapat menerima anugerah ini dan ingin mengirim penghargaan buat semua,” katanya.

Kemenangan ini menyaksikan Montiel menewaskan pencabar terdekat seperti jaringan Lamine Yamal (Barcelona), Declan Rice (Arsenal) dan calon Indonesia, Rizky Ridho yang mewakili kelab Persija Jakarta.

Sementara itu, pemain Mexico, Lizbeth Ovalle telah diiktiraf sebagai pemenang gol terbaik bagi kategori wanita sekali gus membawa pulang Anugerah FIFA Marta 2025.

“Perasaan saya sangat berdebar sejak dicalonkan kerana persaingan begitu sengit. Saya tidak sangka dapat menang pada anugera kali ini,” katanya yang kini mewakili kelab Orlando Pirates selepas berhijrah daripada Tigres awal tahun ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN