REMBAU – Dilahirkan oleh ibu bapa istimewa tidak menghalang empat beradik berjaya dalam pelajaran, malah mereka menamatkan pengajian di universiti awam dan institusi kemahiran. Kata Nur Hidayah Abu Bakar, 37, yang merupakan graduan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) dalam Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dia tidak pernah malu mempunyai ibu bapa yang bisu, malah mengambil semangat mereka untuk berjaya. Kata anak sulung itu, didikan ibunya Zalihah Roseh, 70, dan allahyarham bapa, Abu Bakar Abdul Rahman tiada yang kurang walaupun merupakan orang kurang…














