fbpx

Robotware.ai Majukan PoC Pengesanan Penyakit Poltri AI di Malaysia dengan SDEC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Disember 2025 /PRNewswire/ — Robotware.ai, sebuah syarikat kecerdasan buatan berpangkalan di Korea yang mengkhusus dalam penyelesaian kecerdasan ternakan, memajukan penggunaan bukti-konsep (PoC) di Malaysia dengan kerjasama Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), susulan kejayaan pelaksanaan sistemnya di ladang poltri tempatan.

PoC yang sedang dilaksanakan memfokuskan pada pengesahan prestasi dunia nyata bagi teknologi pengesanan penyakit poltri dikuasakan AI daripada Robotware.ai dalam keadaan kendalian ladang hidup. Inisiatif ini sejajar dengan usaha Malaysia untuk memodenkan industri poltri melalui operasi dipacu data, biosekuriti yang dipertingkat dan pertanian yang didayakan secara digital.

Teknologi Robotware.ai dibangunkan untuk menangani cabaran yang sudah lama wujud dalam penerimagunaan AI ternakan: jurang antara pembangunan berpusatkan algoritma dan realiti operasi ladang. Syarikat ini diketuai oleh Yongjun Cho, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, seorang penternak ayam itik generasi kedua yang kini mengendalikan dua ladang komersial yang mengurus kira-kira 120,000 ekor ayam penelur dan ayam pembiak. Pengalaman kendiri beliau menyumbang secara langsung kepada reka bentuk model AI yang dioptimumkan untuk aliran kerja ladang harian dan bukannya persekitaran makmal.

Sebagai sebahagian daripada PoC Malaysia, sistem Robotware.ai kini beroperasi di dua ladang poltri, yang melaluinya ia terus-menerus menganalisis tingkah laku kelompok dan isyarat akustik bagi mengesan tanda-tanda awal penyakit. AI mengesan ketidakaktifan yang tidak normal dan corak pengelompokan—penunjuk penyakit yang diketahui secara meluas—dan dalam masa yang sama mengaplikasikan analisis bunyi batuk proprietari bagi mengenal pasti kesesakan respirasi. Dengan mengasingkan bunyi yang berkaitan daripada hingar bangsal yang kompleks dan menukarkannya kepada data yang divisualisasikan, sistem ini mengupayakan pengesanan awal risiko penyakit dan pengenalpastian zon wabak yang berpotensi di dalam ladang.

Robotware.ai turut mengemudi robot autonomi sebagai sebahagian daripada visi jangka panjangnya untuk ladang tanpa pemandu sepenuhnya. Robot ini berfungsi sebagai platform penderia mudah alih, meningkatkan liputan pemantauan dan menyokong pengurusan kebersihan melalui pengudaraan sarap automatik dan tugasan di ladang terpilih.

"PoC ini menunjukkan bahawa AI boleh beroperasi dengan andal dalam persekitaran ladang sebenar dan memberikan pemahaman yang praktikal dan boleh diambil tindakan yang dipercayai oleh peladang," kata Yongjun Cho.

Malaysia muncul sebagai pasaran pengesahan yang kukuh lantaran oleh industri poltri berskala perusahaannya, yang melaluinya pengendali perniagaan tani yang besar sering mengurus berpuluh-puluh—atau malah beratus-ratus—ladang. Dalam persekitaran sedemikian, pemantauan berasaskan AI yang objektif memainkan peranan penting dalam meningkatkan ketelusan operasi, memperkukuh biosekuriti dan mengurangkan pergantungan pada pengawasan manual. Berdasarkan kemajuan daripada fasa PoC awal, Robotware.ai ketika ini berbincang dengan kumpulan perniagaan tani tempatan berhubung peningkatan skala yang berpotensi kepada kira-kira 50 ladang tambahan, tertakluk kepada pengesahan prestasi yang berterusan.

PoC Malaysia dijalankan di bawah program demonstrasi luar negara yang disokong oleh Kementerian Sains dan ICT Korea, National IT Industry Promotion Agency dan Global Digital Innovation Network yang mendayakan kolaborasi erat antara penyedia teknologi Korea serta rakan kongsi sektor awam Malaysia.

Berasaskan kemajuannya di Malaysia, Robotware.ai turut meneroka inisiatif PoC yang serupa dengan pengendali poltri berskala besar di India, salah satu pasaran poltri yang terbesar di dunia.

"Malaysia berperanan sebagai tapak rujukan penting untuk strategi pengembangan global kami," tambah Cho. "Pemahaman yang diperoleh di sini akan membolehkan kami memperhalusi teknologi kami dan meningkatkan skala secara bertanggungjawab di seluruh Asia Tenggara dan seterusnya."

Sumber artikel: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/4848529_MS48529_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI