fbpx
Syed Saddiq yang hadir di Mahkamah Persekutuan pada prosiding lalu.

Pendakwaan kekal pendirian rayu pembebasan Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Peguam Negara (AG) tetap meneruskan rayuan dalam empat pertuduhan kes Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin menerusi satu surat yang dinyatakan hari ini.

Berdasarkan kandungan surat itu, pihak pendakwaan kekal berpendirian untuk merayu bagi mencabar pembebasan bekas Menteri Belia dan Sukan berkenaan.

“Merujuk kepada arahan Yang Amat Arif Presiden Mahkamah Rayuan kepada kedua-dua belah pihak yang telah diberikan di Mahkamah terbuka pada 12 Disember 2025, pihak perayu (pendakwaan) telah mendapatkan pandangan dan arahan Tan Sri Peguam berhubung perkara ini.

“Tan Sri Peguam Negara telah mengarahkan supaya rayuan ini diteruskan serta apa jua keputusan Mahkamah Yang Mulia ini (Mahkamah Persekutuan) hendaklah diterima. Sehubungan itu, pihak perayu mengekalkan hujahan bertulis dan hujahan lisan yang dikemukakan di dalam rayuan ini,” kata surat itu.

Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan di sini mengarahkan pihak – pihak dalam rayuan kes Syed Saddiq supaya “meneliti semula dan mempertimbangkan kembali” terhadap rayuan pendakwaan tersebut.

Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais, yang mengetuai panel tiga hakim mencadangkan pihak pendakwaan berbincang bagi mencapai kata sepakat sama ada rayuan itu wajar diteruskan.

`Jika pendakwaan berpendirian anda masih boleh membuktikan kes dengan segala cara, berpegang padanya. Tetapi jika selepas menyemak kes, anda merasakan tidak mahu mengekalkan rayuan, maka anda harus memaklumkan kepada kami. Kami tidak membuat sebarang keputusan buat masa ini. Pihak-pihak mesti memberitahu kami dalam masa seminggu. Jika tiada petunjuk, kami akan menyampaikan keputusan,” ujar beliau.

Hakim Abu Bakar selanjutnya menyatakan, ketiga-tiga hakim yang menganggotai panel tersebut akan menulis alasan penghakiman sama ada rayuan dibenarkan atau ditolak.

Beliau turut mengarahkan pihak pendakwaan memfailkan penghujahan bertulis tambahan dalam tempoh seminggu diikuti hujahan tambahan dibalas seminggu kemudian.

Dua lagi hakim itu yang turut bersidang ialah Datuk Che Mohd. Ruzima Razali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Selain Wan Shaharuddin, sepanjang prosiding rayuan, pendakwaan selaku pendakwaan turut diwakili Datuk Ahmad Akram Gharib dan Farah Ezlin Yusop Khan.

Sementara Syed Saddiq, 33, selaku responden diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.–KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI