fbpx
Keadaan kereta yang remuk dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Bukit Putus, di sini, awal pagi ini. FOTO/ IHSAN BOMBA

Bukit Putus ‘minta’ nyawa lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang pegawai perubatan pergigian Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah maut apabila kereta jenis Perodua Bezza yang dia pandu bertembung dengan kenderaan utiliti sukan jenis Proton X70 di Jalan Bukit Putus di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 7.21 pagi itu mengakibatkan mangsa berusia 33 tahun meninggal dunia di lokasi nahas akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampangan, Komander Kanan, Pegawai Bomba Kanan I, Afizan Omar berkata, pihaknya mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

“Guru wanita yang juga pemandu SUV berusia 45 tahun itu tidak cedera,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI