fbpx
Zambry ketika hadir pada Majlis Peluncuran dan Training of Trainers Perdana Kursus Mata Pelajaran Pengajian Umum di Universiti Putra Malaysia hari ini. 

Perbincangan sijil pendidikan perlu lihat sistem sedia ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menegaskan sebarang perbincangan melibatkan apa sahaja sijil hendaklah dilihat dalam konteks sistem sedia ada termasuk bahasa dan sejarah.

Beliau memaklumkan, meskipun tiada perbincangan terperinci mengenai tuntutan pengiktiratan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), pihaknya tidak mahu isu berkaitan dijadikan sebagai bahan politik semata-mata.

“Apabila dipolitikkan, ia akan turut serta dengan soal emosi dan sebagainya.

“Hal-hal yang sebegini hendaklah dilihat dalam konteks seperti yang saya sebutkan, dalam konteks perlembagaan negara, asas pendidikan dan falsafah pendidikan negara,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Peluncuran dan Training of Trainers (TOT) Perdana Kursus Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) di Universiti Putra Malaysia, di sini hari ini.

Zambry berkata, konteks tersebut perlu dirujuk bagi membina sebuah sistem pendidikan yang berteraskan kepada negara.

“Jadi, jangan kita terbawa-bawa disebabkan oleh perlawanan, permainan, emosi politik yang keterlaluan sehingga kita tidak melihat dari aspek-aspek yang lain.

“Khususnya dalam objektif-objektif yang ada, yang sebenarnya perlu kita lihat dalam pembangunan pendidikan negara kita,” katanya.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan isu pengiktirafan UEC.

Kenyataan itu bagaimanapun telah menimbulkan polemik dan perbahasan dalam kalangan ahli politik dan pakar pendidikan berhubung keperluan pengiktirafan sijil berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI