fbpx
Shiha Zikir mengumumkan restoran Shiha Zikir Nasi Ayam miliknya secara rasmi ditutup.

Kedai nasi ayam Shiha Zikir di Shah Alam tamat operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas dua tahun beroperasi, penyanyi Shiha Zikir mengumumkan restoran Shiha Zikir Nasi Ayam miliknya secara rasmi ditutup.

Menurut Shiha, keputusan untuk menutup bisnes nasi ayam yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam tersebut bukan perkara mudah.

“Dengan hati yang berat, saya ingin memaklumkan bahawa Restoran Shiha Zikir Nasi Ayam cawangan Shah Alam telah menamatkan operasi bermula 15 Disember, hari ini (semalam).

“Jangan risau ya, cawangan di Wisma Infinitum, Kampung Baru, Kuala Lumpur masih beroperasi seperti biasa dan sentiasa menanti kehadiran anda semua.

“Keputusan yang diambil bukanlah sesuatu yang mudah, namun saya percaya semuanya adalah langkah terbaik buat masa ini,” katanya dalam platform Threads hari ini.

Dalam masa sama, dia turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada orang ramai yang sudah hadir ke restorannya sepanjang tempoh operasi sebelum ini.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan yang telah menyokong kami sepanjang hampir dua tahun di Shah Alam.

“Setiap sokongan, kunjungan dan setiap doa amat Shiha hargai dari hati.

“Kalau rindu, jemputlah datang makan di cawangan Kampung Baru ya,” ujarnya.

Terdahulu, Shiha atau nama penuhnya, Nurshiha Mohd. Zikir membuka restoran nasi ayam di Shah Alam pada Jun 2024.

Shiha juga pernah mendedahkan kedainya pernah menerima gangguan ilmu hitam sehingga orang ramai menyangkq kedainya ditutup. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI