fbpx
Shahrikhuzaimie menunjukkan sebahagian tanjak, destar dan tengkolok tradisional ketika ditemui di Ampangan baru-baru ini.

Bukan sebarang lipat, lipat ada makna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang pembuat destar, tanjak dan tengkolok tradisional kekal bertahan di sebalik lambakan pembuatan alat perhiasan tiruan dan rekaan kreasi murah di pasaran demi prinsip mempertahankan seni dan makna pada setiap lipatannya.

Shahrikhuzaimie Mansur, 42, berkata, walaupun produk tiruan dengan kreasi bercorak flora dijual serendah RM20 dan dipilih masyarakat khususnya orang muda, namun mereka gagal memahami nilai dan makna asal warisan.

Katanya, persaingan itu bukan sekadar melibatkan harga, malah pemahaman masyarakat terhadap perbezaan antara tanjak warisan, tiruan dan rekaan moden.

“Sebelum ini saya pun tak faham tetapi selepas berguru dengan Cikgu Khairul Hafiz pada 2019, barulah saya faham setiap lipatan mempunyai makna dan falsafah tersendiri.

“Destar warisan mengangkat makna simbolik yang mendalam seperti Lambaian Ibu, Simpul Kasih, Pucuk Kasih dan Gelembong Ibu atau Kasih Pada Dendam Tak Sudah yang melambangkan kasih sayang, ikatan perkahwinan serta simbol kuasa dalam adat Melayu,” katanya ketika ditemui di Ampangan di sini baru-baru ini.

Menurut Pengusaha Galeri Empayar Alam Melayu itu, jika generasi baharu hanya memilih berdasarkan rupa dan harga tanpa memahami maknanya, warisan ini akan hilang.

Dia yang mula berkecimpung dalam dunia seni sejak menyertai Silat Gayong Malaysia pada 1997 menambah, permintaan terhadap destar warisan biasanya memuncak pada musim Aidilfitri, kenduri perkahwinan dan majlis rasmi kerajaan bertemakan busana Melayu.

Dia turut aktif menyertai pameran dan membuka reruai di karnival kerajaan, karnival Adat Perpatih, pertandingan silat serta pameran sebagai u­saha menghargai nilai sebenar destar warisan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN