fbpx
Antara laluan yang dilanda banjir kilat di Jalan Changkat Thambi Dollah.

5 laluan di ibu negara terjejas akibat banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan beberapa lokasi di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat kira-kira pukul 3 petang tadi.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, antara lokasi yang dinaiki air ialah Jalan Yew, Jalan Loke Yew, Jalan Sungai Besi, Jalan Tun Razak dan Jalan Changkat Thambi Dollah.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat hampir seluruh negara termasuk Perak, Selangor serta Kuala Lumpur pada petang ini.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya mematuhi arahan keselamatan dari semasa ke semasa serta menyalurkan maklumat kecemasan melalui Talian Kecemasan DBKL 24 jam di Bilik Gerakan Bencana DBKL (03-2617 9862 atau WhatsApp 013-2503 255).

Tambahnya, maklumat turut boleh dihantar kepada Kuala Lumpur Command and Control Centre (KLCCC) melalui WhatsApp 019-212 0032, Pusat Kawalan Operasi Jabatan Penguatkuasaan DBKL di talian 03-4010 6273 atau WhatsApp 019-212 0031, serta Skuad Kecemasan DBKL melalui talian 03-9284 3434 / 03-9284 3636 atau WhatsApp 011-6539 9004. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN