fbpx
Rumah yang menyediakan perkhidmatan inap desa menyewakan untuk kenduri perkahwinan mengganggu penduduk sekitar kejiranan. Gambar Janaan AI

Rimas homestay jadi ‘dewan kahwin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penduduk di kawasan perumahan mula meluahkan rasa tidak puas hati apabila kediaman inap desa (homestay) yang terletak di taman mereka kini seolah-olah bertukar fungsi menjadi ‘dewan kahwin’.

Menurut penduduk dikenali sebagai Muizzah, 45, hampir setiap minggu ada tiga buah inap desa yang berada sebaris dengan rumahnya di Manjung, Perak di­sewa untuk tujuan majlis perkahwinan sehingga menjejaskan privasi mereka.

“Kalau sekali-sekala kami faham, tapi ini hampir setiap ming­gu. Bukan sebuah, tapi tiga buah (inap desa) sekali gus. Nak keluar masuk rumah pun susah sebab kereta tetamu memenuhi jalan,” katanya kepada Kosmo!.

Selain masalah kesesakan, penduduk turut merungut dengan masalah pencemaran bunyi akibat sistem pembesar suara yang dipasang kuat sepanjang majlis.

“Bunyi muzik dan karaoke berlarutan hingga malam. Kami nak berehat hujung minggu pun tak tenang,” luahnya.

Sementara itu, penduduk di sebuah taman perumahan dekat Antara Gapi, Selangor dikenali Mohd. Zakri, 38, memaklumkan, terdapat juga kes sisa-sisa makanan dibuang sewenang-wenangnya ke dalam longkang selepas kenduri dan menyebakan ia tersumbat selain bau kurang menyenangkan.

Pesara itu mendakwa, pihak penganjur tidak membersihkan kawasan dengan baik, menyebabkan kawasan sekitar berbau dan menimbulkan rasa tidak menyenangkan dalam kalangan penduduk setempat.

“Bila habis majlis, pinggan mangkuk pakai buang dan lebihan makanan diikat dalam plastik sebelum diambil lori sampah. Kami pula yang terpaksa hidu bau busuknya.

“Homestay sekadar untuk tidur, berehat tak ada masalah, tapi nak buat majlis kahwin tak sesuai, kawasan perumahan padat penduduk, jalan pun kecil. Majlis besar seperti itu perlu diadakan di dewan serbaguna atau kawasan lapang,” katanya.

Pada masa sama, rata-rata penduduk berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera ­de­ngan menetapkan garis panduan khusus bagi penggunaan inap desa di kawasan perumahan ­supaya tidak menimbulkan gangguan kepada masyarakat setempat.

Mereka juga menegaskan, inap desa sepatutnya berfungsi penginapan sementara untuk pelancong dan tetamu, bukannya menjadi pusat acara besar yang menjejaskan kesejahteraan jiran tetangga.

Seorang wanita hanya mahu dikenali sebagai Mazlin, 50, tinggal di Bangi berkata, majlis ken­duri kahwin yang kerap diadakan di homestay yang disewakan di kawasan penduduk akan menjejaskan keselesaan masyarakat setempat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN