fbpx
JANIDA (kiri) dan Nuraina Asmawil didakwa memiliki kad pengenalan palsu di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.-Foto BAZLAN IBRAHIM

Padah milik MyKad palsu, dua wanita Filipina didenda RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Dua wanita warga Filipina masing-masing didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan memiliki kad pengenalan (MyKad) palsu awal bulan ini.

Majistret A. Shaarmini menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Nuraina Asmawil, 33, dan Janida Daimun, 53.

Nuraina yang bekerja sebagai penyelia syarikat pembersihan didakwa memiliki dua kad pengenalan palsu atas nama individu berbeza tanpa sebarang kuasa yang sah, manakala Janida yang merupakan pekerja pembersihan didakwa memiliki dua kad pengenalan palsu atas nama seorang individu sebagai identiti dirinya.

Kesalahan itu dilakukan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Johor pada pukul 7 malam, 8 Disember lalu. Oleh itu mereka dituduh mengikut Peraturan 25(1)(e), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JPN, Noor Aliah Yaacob, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Norasyikin Md Jabarulla.

Mahkamah memerintahkan setiap tertuduh membayar denda RM5,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar jumlah tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI