fbpx
Roslan menunjukkan cili akar yang diimport dari Thailand naik harga mendadak sejak sebulan lalu ketika ditemui di Pasar Besar Melaka.

Tomato, cili akar naik ‘mencanak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Harga sayur-sayuran di Pasar Besar Melaka didapati naik mendadak sejak lebih dua minggu lalu, dipercayai berpunca daripada cuaca buruk dan banjir akibat Monsun Timur Laut yang menjejaskan kawasan pengeluaran hasil.

Buah tomato dan cili akar Thailand didapati naik dua kali ganda berbanding harga sebe­lumnya.

Seorang peniaga sayur, Ros­lan Hassan, 58, yang sudah 35 tahun berniaga sejak pasar lama di Kampung Jawa berkata, kenaikan paling ketara ketika ini membabitkan cili akar dari Thailand pelbagai jenis daripada RM7 kepada RM15 sekilogram, manakala sayur tempatan masih berada pada paras terkawal.

“Sayur tempatan masih terkawal harganya, cuma yang naik sedikit adalah sayur dari Cameron Highlands seperti tomato dan timun Jepun, tetapi yang paling ketara sekarang ialah cili akar dari Thailand,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Tinjauan mendapati harga tomato dari pembekal kini mence­cah RM4.70 sekilogram berban­ding hanya RM2.80 sebelum ini sehingga membuatkan peniaga tidak berani mengambil stok dalam jumlah banyak kerana bimbang ia rosak jika disimpan lama.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Kalsom Kasim, 65, yang sudah lebih 20 tahun berniaga berkata, kenaikan harga kali ini adalah antara yang tertinggi pernah direkodkan.

“Kenaikan harga sejak lebih dua minggu lalu bukan berpunca daripada pemborong, sebaliknya akibat cuaca buruk dan banjir, malah situasi ini berlaku di seluruh negara.

“Sekarang harga cili akar dari pemborong antara RM20 sekilogram berbanding RM7 sebelum ini, pelanggan ramai yang tidak puas hati dan mahu harga lama, tetapi kami juga terpaksa jual ikut kos semasa,” katanya.

Jelasnya, bekalan cili akar kini dibawa masuk dari Thailand dan Bangladesh, manakala cili merah dari Vietnam, sementara tomato serta timun Jepun dari Cameron.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN