fbpx
Asyraf Wajdi.

Mara perkenal garis panduan baharu kawal kutipan PIBG MRSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memperkenalkan Garis Panduan khas bagi menyelaraskan semua kutipan yuran atau bayaran tambahan yang dikenakan oleh Muafakat iaitu badan setara PIBG di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, garis panduan itu akan merangkumi peraturan, tatacara serta mekanisme kawal selia bagi memastikan setiap kutipan mematuhi standard ketelusan dan tidak membebankan ibu bapa.

“Mara juga menetapkan bahawa semua pendapatan dan perbelanjaan Muafakat wajib diaudit bagi mengelakkan penyelewengan serta memastikan setiap sumbangan digunakan untuk manfaat pelajar,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Beliau menegaskan langkah itu penting bagi memperkemas pengurusan kewangan Muafakat di semua MRSM dan memastikan amalan tadbir urus yang baik.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI