fbpx
Keadaan motosikal berkuasa tinggi yang terlibat kemalangan di Jalan Kangar-Alor Setar di Seriab, Kangar malam tadi.

Pesara TM maut motosikal rempuh Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Seorang pesara Telekom Malaysia (TM) maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang dia tunggang merempuh kereta Perodua Myvi di Jalan Kangar-Alor Setar di Seriab, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Ahmad Fauzee Arshad, 52, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Kawasaki ZX1000-E dari arah Kangar menuju ke Alor Setar.

Katanya, Perodua Myvi yang dipandu seorang kontraktor, Ho Kit Keong, 31, bersama penumpang wanita warga Thailand dikenali sebagai Miss Panthiwa, 23, berhenti di simpang masuk ke Taman Pertiwi sebelum membelok ke kanan.

“Ketika kereta itu sedang membelok, mangsa yang tiba-tiba datang dari arah bertentangan merempuh pintu belakang kiri Perodua Myvi tersebut.

“Impak rempuhan yang kuat itu mengakibatkan mangsa tercampak dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pemandu kereta mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan leher, manakala penumpang wanita mengalami kecederaan di kepala dan dirawat di Zon Merah Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN