fbpx
Rakaman CCTV menunjukkan pelaku mamasukkan kotak susu ke dalam kainnya. - Lambe Turah

Sembunyi kotak susu dalam kain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang wanita mencuri kotak susu daripada sebuah pasar mini dengan cara menyembunyikannya di dalam kain dipakai, lapor laman berita Lambe Turah semalam.

Dalam rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan, wanita bertudung coklat dan memakai gaun labuh itu dilihat berdiri di hadapan rak jualan.

Dia kemudian memasukkan beberapa kotak susu ke dalam kainnya sebelum berdiri semula dan berjalan seperti biasa.

Pergerakannya dilihat lancar dan solah-olah tiada sebarang objek disembunyikan di dalam kainnya.

Setakat ini, tidak dinyatakan lokasi pencurian tersebut dan sama ada pemilik kedai dapat menangkap pelaku berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI