fbpx
SUSPEK warga Bangladesh. FOTO: IHSAN POLIS.

Lelaki Bangladesh ditahan di KLIA rogol mangsa hingga hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Seorang lelaki warga Bangladesh yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan polis hari ini selepas dikesan merogol seorang gadis bawah umur sehingga hamil pada Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Johari Yahya berkata, suspek seorang pekerja kedai runcit berusia 31 tahun telah ditahan di Balai Ketibaan KLIA lebih kurang pukul 11.44 pagi tadi.

Johari berkata, tangkapan ke atas suspek dilakukan selepas pihak polis menerima laporan daripada ibu mangsa yang memaklumkan anak perempuannya yang berusia 16 tahun telah dirogol oleh suspek pada Mei lalu.

“Hasil soal siasat yang dijalankan, suspek mengaku terlibat dalam kes rogol dengan mangsa yang merupakan rakan sekerjanya.

“Selepas kejadian, suspek telah melarikan diri dengan pulang ke Bangladesh dan suspek mengaku melakukan perbuatan rogol tersebut sebanyak empat kali,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelas Johari, suspek dipercayai melakukan perbuatan rogol dengan mangsa di sebuah kedai runcit di ibu negara tempat mereka bekerja.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN