fbpx
Anwar pada majlis penutup program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku di Dataran Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

Malaysia kekal mahu Palestin diberi hak, gesa Israel henti kezaliman – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Malaysia kekal pendirian mahu konflik Palestin diselesaikan secara menyeluruh termasuk mengiktiraf hak rakyat Palestin dan menghentikan kezaliman serta penjajahan oleh rejim Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian itu dibuat susulan perbualan telefon bersama Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani semalam.

“Sheikh Mohammed Abdulrahman semalam memaklumkan perkembangan terkini mengenai usaha perdamaian Asia Barat. Perdana Menteri Qatar itu maklumkan bahawa sementara cara perdamaian yang dipelopori oleh Presiden Trump (Donald Trump) itu disambut baik oleh negara-negara Islam, tetapi kita masih musykil kerana pelanggarannya oleh Israel berterusan.
“Pembunuhan berterusan, kekejaman berterusan dan penjajahan dan penaklukan kawasan-kawasan di Tebing Barat juga masih diteruskan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku, di sini hari ini.

Katanya, beliau juga berpandangan bahawa perdamaian sebenar Palestin – Israel hanya dapat dicapai melalui pendekatan yang menyeluruh dan komprehensif.

Anwar berkata, Malaysia akan menyuarakan dengan tegas dan berani bahawa penyelesaian mesti dengan mengiktiraf hak rakyat Palestin dan Gaza selain menghentikan kezaliman, penaklukan dan penjajahan oleh rejim Israel.

Dalam perkembangan sama, Anwar berkata, Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi juga telah menghubungi beliau bagi menyatakan kesediaan negara itu untuk menganjurkan satu sidang khas ke arah pemulihan Gaza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI