fbpx
Tangkap layar video menunjukkan kelab malam itu terbakar semalam. - X

23 maut kelab malam terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 23 orang maut dalam kebakaran sebuah kelab malam popular di bandar peranginan negeri Goa, India, lapor akhbar The Guardian. 

Kebakaran yang berlaku di kelab Birch by Romeo Lane di Arpora, daerah Goa Utara, malam semalam itu turut mengorbankan beberapa pelancong. 

“Hari ini adalah hari yang amat memilukan bagi kita semua di Goa. Insiden di Arpora telah meragut 23 nyawa. 

“Saya telah melawat lokasi kejadian dan mengarahkan siasatan ke atas insiden ini. Mereka yang bertanggungjawab berdepan hukuman paling berat di bawah undang-undang. Sebarang kecuaian akan ditangani dengan tegas,” tulis Ketua Menteri Goa, Pramod Sawant di platform X. 

Pramod memberitahu pemberita bahawa kira-kira tiga hingga empat pelancong disahkan meninggal dunia. 

“Tiga orang maut akibat kesan lecur yang parah, manakala selebihnya meninggal dunia kerana sesak nafas,” tambah Pramod.

Polis tempatan berkata, kebakaran disyaki berpunca daripada letupan silinder gas di bahagian dapur kelab malam tersebut. 

Ahli majlis tempatan, Michael Loco mengesahkan bahawa pasukan bomba dan polis melakukan usaha menyelamat sepanjang malam. 

“Pihak berkuasa akan menjalankan audit keselamatan kebakaran ke atas semua premis hiburan di negeri ini bagi mengelakkan kejadian serupa berulang,” kata Michael. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI