fbpx
Remaja 14 tahun yang lemas akhirnya ditemukan di kawasan belakang Giant Prima Saujana, hari ini. Foto FACEBOOK JOHAN ABD AZIZ

Jasad remaja lelaki berusia 14 tahun akhirnya ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga berakhir apabila mayat seorang lagi mangsa, berjaya ditemui pasukan SAR Bersepadu, sebentar tadi di kawasan belakang Giant Prima Saujana, di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, penemuan tersebut amat menyentuh hati dan menamatkan penantian keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi berkenaan.

“Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Marilah kita bersama-sama menghadiahkan al-Fatihah dan mendoakan agar roh kedua-dua adik ini ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, malam ini.

Beliau turut mendoakan agar keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang amat berat itu.

Sementara itu, Johan turut memberi penghargaan kepada Pasukan Bersepadu SAR yang bertungkus-lumus sepanjang tiga hari operasi dijalankan, termasuk kepada Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof yang mengetuai operasi tersebut.

Kosmo! sebelum ini melaporkan dua kanak-kanak berusia 12 dan 14 tahun dilaporkan hilang dipercayai akibat dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola yang terjatuh dalam sebuah longkang di Taman Prima Saujana, Khamis lalu.

Adik mangsa yang berusia 12 tahun itu ditemukan pasukan SAR pada jarak kira-kira dua kilometer dari lokasi mereka dilaporkan terjatuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN