PERUBAHAN suhu jelas terasa sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang sejuk beku bersalji di Snowy Park, The 19 USJ City Mall, Subang Jaya, Selangor. Dengan suhu mencecah negatif 10 darjah Celsius, kedinginan menembusi jaket tebal dan sarung tangan hingga tubuh terasa seperti ‘terkejut’ dengan suasana ekstrem itu. Hembusan nafas bertukar menjadi wap putih halus, hujung jari mulai kebas dan setiap langkah di atas permukaan salji lembut menimbulkan sensasi seperti berada di negara empat musim. Bagi penulis yang tidak pernah menyentuh……














