fbpx
ANTARA dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sungai Mas, Kulai, Khamis lalu.

Pasangan kekasih antara 4 diberkas bersama dadah RM62,098.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Pasangan kekasih dan dua lelaki warga Bangladesh dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah diberkas di sebuah rumah sewa di Taman Sungai Mas, di sini pada Khamis lalu.

Mereka yang ditahan dalam serbuan pukul 8.15 malam itu terdiri daripada lelaki tempatan dan Bangladesh serta pasangan kekasih warga Indonesia berusia 27 hingga 40 tahun.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menjumpai tiga peket plastik lutsinar disyaki ketamine seberat 254 gram (g) dan 16 kepingan foil timah pil ekstasi dengan berat 45g.

“Turut ditemukan satu peket plastik serbuk ekstasi seberat 1,015g dan kotak rokok berisi daun kering dipercayai ganja. Kesemua dadah itu bernilai RM62,098.

“Kita turut merampas kereta jenis Mazda 6 dan Nissan Teana menjadikan keseluruhan rampasan bernilai RM122,098,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Seng Lee berkata, siasatan mendapati suspek tempatan berusia 40 tahun mempunyai dua rekod jenayah. Mahkamah membenarkan kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga Khamis depan bagi membantu siasatan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI