fbpx
Penghadang konkrit dipasang di kawasan jalan runtuh di KM 45, Jalan Gua Musang-Lojing dekat Pos Blau, Gua Musang. FOTO IHSAN POLIS

JKR pasang penghadang konkrit dekat Pos Blau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Jabatan Kerja Raya (JKR) memasang penghadang konkrit bagi menghalang pengguna jalan melalui kawasan jalan runtuh di Kilometer (KM) 45, Jalan Gua Musang-Lojing dekat Pos Blau di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, syarikat konsesi, Roadcare (M) Sdn. Bhd. telah selesai memasang penghadang konkrit merentasi kedua-dua arah.

Katanya, dua lokasi telah dipasang penghadang konkrit iaitu di KM 44, Jalan Gua Musang-Lojing dan KM 48, Jalan Lojing-Gua Musang.

“Kita berharap pengguna jalan termasuk pengguna motosikal tidak merisikokan nyawa melalui kawasan runtuhan berkenaan. Setakat ini, dua saman telah dikeluarkan kepada penunggang motosikal yang melanggar arahan penutupan jalan berkenaan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sementara itu, Pengarah JKR Kelantan, Nik Badlihisham Nik Ismail berkata, pemeriksaan kawasan runtuhan tanah telah dijalankan pada Rabu lalu.

Katanya, pihak JKR masih mengkaji kerja-kerja pembaikian di lokasi runtuhan tersebut.

“Pegawai Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR Malaysia telah membuat pemeriksaan pada 3 Disember lepas. Jalan runtuh tersebut masih dalam kajian lagi untuk pembaikan. Setakat ini, pengguna perlu menggunakan dua laluan alternatif yang telah disarankan JKR,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI