fbpx
Ummu Haiman ketika sidang akhbar di pekarangan Mahkamah Shah Alam hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

Mesti ada jenayah lain berselindung – Ummu Haiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – “Pandanglah kes anak saya dengan mata hati dan siasat dengan penuh ketelusan,”

Itu rayuan Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, yang merupakan ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin kepada pihak berkuasa dalam memastikan kebenaran berhubung kematian anaknya itu berjaya dirungkai sepenuhnya.

Katanya, perjuangannya termasuk bersama Peguam Datuk Naran Singh disifatkan amat berbaloi apabila Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh hasil dapatan bedah siasat kedua.

“Saya rasa di sebalik kematian anak saya, bukan hanya satu jenayah, mesti ada jenayah lain yang berselindung dalam kes ini.

“Sabagai ibu secara peribadi, memohon dan merayu sangat-sangat kepada pihak berkuasa ambil tindakan sewajarnya,” katanya ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Justeru, dia berharap pelaku yang menyebabkan kematian tragis anaknya itu perlu dibawa ke muka pengadilan supaya dikenakan hukuman setimpal.

Ummu Haiman turut menzahirkan penghargaan kepada seorang sumber yang telah membantu dalam mendapatkan kebenaran penggalian semula kubur anaknya bagi bedah siasat kedua.

“Saya berterima kasih kepada individu A yang ada dalam rakaman audio. Selain itu, Naran dan Datuk Johan Abd Aziz (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua.

“Penghargaan juga kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman yang dapat membuktikan apa yang saya rasa ketika melihat jenazah anak sebelum ini,” jelasnya.

Sebelum ini, AGC mengarahkan kes
kematian Syamsul Haris yang juga pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai diklasifikasikan sebagai
kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dapatan itu diperoleh selepas taklimat hasil laporan siasatan yang dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN