fbpx
Nora masih kekal dengan pendiriannya untuk tidak berkongsi lanjut mengenai status hubungannya dengan perunding kewangan, Mickey Ayo.

‘Insya-Allah, kalau ada benda baik perlu dikongsi, kami beritahu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Meski sering didakwa sedang menjalin hubungan istimewa, pelakon Nora Danish masih kekal dengan pendiriannya untuk tidak berkongsi lanjut mengenai status hubungannya dengan perunding kewangan, Mickey Ayo.

Belum bersedia untuk berkongsi kepada umum, Nora, 43, , bagaimanapun menghargai setiap doa dan restu yang diberikan orang ramai terhadap hubungannya dengan jejaka berusia 35 tahun berkenaan.

“Saya rasa masih terlalu awal untuk kami komen lebih lanjut tetapi sangat bersyukur kerana ada penyokong yang sentiasa mendoakan dan bersama dengan saya sehingga hari ini.

“Saya amat menghargainya dan semoga kalian terus mendoakan yang terbaik buat semua.

“Insya-Allah, kalau ada perkara yang baik dan perlu dikongsi, kami akan beritahu perkara itu,” katanya ditemui pada program Amber Allstar Picklebash di Kings Court@TTDI, di sini, semalam.

Mengulas mengenai Mickey yang kini kerap menjadi bahan bualan ramai, dia berkata, pernah menasihati agar sentiasa positif dengan setiap respons diberikan.

Dia juga memberitahu hanya melalui setiap episod kehidupan termasuk hubungan dengan Mickey seperti diaturkan Tuhan.

“Sebenarnya, saya serahkan semuanya kepada Yang Maha Esa. Jika sudah tertulis begitu, saya terima sebagai takdir.

“Kadang-kadang memang ada tekanan, terutama bagi Mickey kerana dia tidak biasa dengan perhatian umum.

“Saya juga selalu pesan padanya untuk kuat dari segi mental dan fizikal. Dalam dunia ini, memang akan ada yang suka dan sebaliknya tetapi itu lumrah serta pasti ada hikmah,” katanya lagi.

Sementara itu, Mickey pula memberitahu, dia berasa kurang selesa dengan perhatian yang diterima sejak hubungannya dengan Nora mula bertebaran dalam media sosial.

“Memang ada sedikit kurang selesa sebab saya tak biasa dengan situasi begini.

“Bidang saya pun bukan dalam dunia hiburan tetapi inilah realiti bila kita berkawan dengan selebriti, perkara sebegini memang tak dapat dielakkan,” ujarnya.

Terdahulu, nama Nora menjadi perhatian selepas memuat naik foto seorang lelaki berkopiah putih, sekali gus menimbulkan khabar angin dia sudah memiliki teman istimewa.

Mereka juga kini dilihat semakin terbuka muncul berdua dalam majlis keramaian atau aktiviti sukan bersama.

Nora atau nama sebenar, Nora Mohd Danish Hanif pernah mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 sebelum bercerai pada 19 Jun 2024. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl, 7.

Sebelum itu, Nora turut berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 2006 dan berpisah pada 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putra Rayqal, 17. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI