PETALING JAYA – Hujan lebat yang melanda ibu kota selama hampir dua jam petang tadi turut mengakibatkan kawasan berhampiran Cheras, Kuala Lumpur dinaiki air.
Paling mengejutkan apabila Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) turut terkena tempias terbabit apabila parkir kakitangan hospital berkenaan dipenuhi air.
Dalam kejadian yang tular di media sosial hari ini, puluhan kenderaan milik kakitangan hospital itu dilihat telah ditenggelami air banjir.
Malah, di kawasan luar HCTM juga turut dilimpahi air banjir keruh dipercayai mengalir daripada sungai berdekatan.
Terdahulu, hujan lebat yang melanda Kuala Lumpur dan Selangar bermula pukul 4.30 petang tadi turut menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.
Antara kawasan telibat termasuk Taman Harmonis, Gombak, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak termasuk beberapa daerah di Selangor.- KOSMO! ONLINE
@cyberjayaviral Keadaan sekitar hospital canselor tuanku muhriz terjejas akibat banjir #viral ♬ original sound – Cyberjayaviral














