fbpx
SKUAD B-23 negara bergambar sebelum berlepas ke Thailand bagi menghadapi Sukan SEA 2025.

Sukan SEA: Pemburuan ‘ibu pingat emas’ kini bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

SEPANG – Sasaran untuk menghadirkan kilauan pingat emas Sukan SEA 2025 tidak pernah padam dalam diri setiap pemain Bawah 23 Tahun (B-23) negara.

Walaupun hanya memiliki tempoh persiapan singkat, pemain sudah pun memasang azam untuk tidak rela membiarkan skuad negara digelar pasukan pelengkap jadual.

Pertahanan negara, Muhammad Alif Ahmad berkata, fokus utama ketika ini adalah untuk memastikan seluruh pasukan berada pada tahap terbaik sebelum membuka saingan menentang Laos di Stadium Rajamangala, Sabtu ini.

“Persiapan setakat ini berjalan dengan baik dan fokus sekarang adalah menentang Laos pada perlawanan pertama. Walaupun persiapan hanya lawan dengan kelab dalam negara saja, tetapi kami beri perhatian untuk jumpa Laos.

“Target untuk juara tetapi sebelum jadi juara, memang kita perlu menang (ke atas Laos), lalui satu demi satu langkah. Beri fokus kepada peringkat kumpulan dulu, kemudian kita fokus kepada aksi seterusnya,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Walaupun ada yang meragui kemampuan skuad kali ini, Muhammad Alif menjelaskan seluruh pasukan kini jelas tanggungjawab dipikul untuk menamatkan penantian 14 tahun bagi memenangi pingat emas.

Bagi edisi terakhir di Kemboja, dua tahun lalu, Indonesia memenangi pingat emas selepas menewaskan Thailand di pentas akhir, manakala Vietnam meraih gangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI