fbpx
SEORANG banduan diberkas sejam selepas meloloskan diri dari PRP, Jalan Mersing bersembunyi dekat kawasan reban ayam di Kampung Sri Timur, Kluang semalam. Foto IHSAN POLIS

Banduan ditahan selepas sejam lolos, sembunyi dekat reban ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Tindakan seorang tahanan di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Jalan Mersing meloloskan diri tidak berhasil apabila ditahan sejam kemudian ketika bersembunyi berhampiran reban ayam di Kampung Sri Timur di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 4.25 petang yang dibuat pegawai penjara PRP Jalan Mersing setelah menyedari suspek berusia 26 tahun hilang daripada kawalan.

“Susulan maklumat yang diterima, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan Jabatan Penjara Daerah Kluang melancarkan operasi untuk mengesan suspek.

“Hasil tindakan pantas pasukan operasi, lelaki tempatan berjaya ditangkap semula pada pukul 5.30 petang berhampiran reban ayam di Kampung Sri Timur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek disiasat mengikut Seksyen 233 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang banduan melarikan diri dan kemungkinan menuju ke kawasan ladang sawit. Gambar tangkapan ke atas lelaki itu di Kampung Sri Timur turut tersebar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI