fbpx
Shamsul Azri hadir sesi lawatan menyantuni pengguna MRT di Stesen MRT Cyberjaya City Centre Limkokwing hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

Ini punca penjawat awam berhutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Tekanan hidup dan mahu menuruti kehendak pasangan dikesan antara punca kakitangan awam terjerumus dalam masalah kewangan.

Justeru Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengarahkan semua agensi menjalin kerjasama pintar bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi memberi kesedaran berhubung risiko pelaburan tidak sah dan perancangan kewangan lebih baik dalam kalangan penjawat awam.

Katanya, langkah itu diambil susulan kebimbangan mengenai penjawat awam yang terperangkap hutang melampau termasuk menjadi mangsa penipuan pelaburan.

Shamsul Azri yang juga Pengerusi Lembaga Tatatertib berkata, isu itu dikenal pasti antara aduan tertinggi melibatkan penjawat awam, khususnya golongan guru.

“Kita akan memperbanyakkan modul penerangan mengenai pengurusan kewangan melalui AKPK dengan buat ‘smart partnership’. Saya sudah minta dan arahkan semua agensi untuk laksanakannya.

“Saya juga minta Ketua Pengarah Pendidikan supaya setiap sekolah wajib buat program dengan AKPK, saya wajibkan semua sekolah untuk buat sebab kadangkala mereka ini tak faham. Kebanyakan penjawat awam fikir apabila mereka pinjam (dan) buat pelaburan, mereka akan dapat pulangan.

“Sebenarnya bukan begitu, semua pelaburan ada risiko tersendiri, apabila kita tidak faham risiko, itu susah. Payah nak berjaya dalam pelaburan,” katanya ketika ditemui selepas menyantuni pengguna MRT di Stesen Cyberjaya City Centre dan Stesen Putrajaya Sentral, di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI