fbpx
GAMBAR fail beberapa ekor anjing chihuahua. - Foto AFP

Isteri seksa suami tinggal dengan 60 ekor anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRUSSELS – Seorang isteri yang digelar ‘sadistik’ memaksa suaminya hidup dalam keadaan kotor bersama 60 ekor anjing baka chihuahua, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menurut keterangan di sebuah mahkamah Belgium, si isteri memaksa suami membersihkan najis anjing kecil itu tanpa memakai kasut.

Dia juga dan mengurung suaminya yang dikahwini pada 2024 dalam kandang anjing kecil tersebut sepanjang kempen penyeksaan selama setahun.

Anna VDV, 47, tampil di kandang tertuduh di mahkamah Turnhout semalam sambil menangis ketika pihak pendakwa raya membentangkan senarai luar biasa mengenai kekejaman yang didakwa dilakukan terhadap suaminya.

Mahkamah turut diperlihatkan imej mengejutkan tentang perubahan fizikal suaminya daripada seorang lelaki yang sihat pada awal hubungan mereka sehingga menjadi kurus kering.

Penderaan itu hanya berakhir pada 18 Mac lalu apabila mangsa berjaya melarikan diri dari rumah dan mengetuk pintu rumah jiran dengan terdesak untuk meminta bantuan.

Jiran menemui mangsa dalam keadaan mengalami hipotermia, keliru dan dipenuhi kecederaan menyebabkan panggilan kecemasan dibuat kepada polis, lapor akhbar De Telegraaf.

Pendakwa raya berkata, VDV segera cuba mengubah cerita, dengan masuk ke dalam ambulans dan mendakwa bahawa suaminya murung serta mencederakan dirinya sendiri.

Namun, anggota-anggota paramedik menyedari lelaki itu menjadi gelisah apabila wanita tersebut hadir sebelum mengarahkannya keluar, menurut keterangan mahkamah.

Sepanjang perjalanan, mangsa yang ketakutan itu mendedahkan bahawa penderaan tersebut sebenarnya telah berlaku selama setahun.

Keputusan kes itu akan diketahui pada 7 Januari tahun depan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN