PETALING JAYA – Penduduk di kawasan Sarawak dijangka bakal berdepan cuaca buruk sehingga pukul 12 tengah hari ini.
Menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman) dan Betong di Sarawak, ketika ini.
Maklumat terkini boleh diperoleh melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau platform media sosial rasmi jabatan. – KOSMO! ONLINE














