JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan kesungguhan seorang bapa mencari anaknya yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Sibolga, wilayah Sumatera Utara, lapor laman berita Lambe Turah hari ini.
Dalam video tersebut, lelaki separuh usia itu dilihat duduk dalam keadaan tidak bermaya di tengah timbunan serpihan tanah runtuh.
Sesekali air matanya jatuh dan meratapi nasib anak perempuannya yang masih belum ditemukan selepas tiga hari hilang dalam bencana itu.
“Sudah tiga hari awak hilang. Tuhan, tolong munculkan anak saya,” kata lelaki tersebut.
Beberapa anggota penyelamat turut membantu menenangkan lelaki tersebut dan menasihatinya agar dia berehat, melihatkan keadaannya yang keletihan.
Namun, dia bertegas mahu berada di lokasi tersebut bagi membantu mencari anaknya dengan memeriksa setiap sudut tanah dan serpihan.
Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan di Sibolga bagi mengesan semua mangsa yang masih hilang. – AGENSI













