fbpx
Tengku Zafrul. Foto media sosial

Tengku Zafrul ucap selamat tinggal kepada Dewan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengucapkan selamat tinggal kepada Dewan Negara selepas menghadiri persidangan terakhirnya sebagai Senator, hari ini.

Menerusi satu hantaran di akaun Instagram, beliau menzahirkan rasa penghargaan atas peluang dan amanah berkhidmat di Parlimen, sambil menyifatkan pengalaman tersebut sebagai satu perjalanan yang sangat bermakna.

“Kalau semalam saya ucapkan selamat tinggal di Dewan Rakyat, hari ini pula adalah hari terakhir saya menghadiri persidangan Dewan Negara,” ujarnya.

Menurut beliau, walaupun tidak lagi memegang jawatan Senator selepas ini, komitmen dan sokongan terhadap usaha memastikan agenda ekonomi rakyat serta negara terus berjalan lancar akan kekal utuh.

“Pengalaman berkhidmat di Parlimen adalah amanah yang sangat saya hargai. Insya-Allah, sokongan dan komitmen saya untuk memastikan agenda ekonomi rakyat dan negara berjalan lancar akan sentiasa berterusan,” katanya.

Tengku Zafrul menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri hari ini setelah tamat dua penggal sebagai senator.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengesahkan bahawa Tengku Zafrul masih akan berperanan dalam kerajaan dengan portfolio baharu yang akan diumumkan kelak.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN