fbpx
Anggota polis membawa suspek untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Tanah Merah, Tanah Merah hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Penganggur tikam isteri negatif dadah, tiada masalah mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang penganggur yang dipercayai menikam isterinya sampai mati dalam kejadian di Kampung Paku, Gual Ipoh dekat Tanah Merah semalam negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, keputusan itu diperoleh hasil daripada ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek yang berusia 63 tahun selepas lelaki tersebut ditahan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, tahap kesihatan mental suspek juga normal dan tidak mengalami sebarang gangguan semasa kejadian.

“Kejadian itu dipercayai bermotifkan cemburu. Suspek dikatakan terlampau marah selepas mengesyaki isterinya mempunyai kekasih sebelum bertindak menikam wanita itu.

“Pemeriksaan ke atas mayat mangsa mendapati, mangsa maut dengan kesan tikaman pada badannya dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” ujarnya.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang penganggur yang dipercayai menikam isterinya hingga mati dalam kejadian di Kampung Paku, Gual Ipoh dekat Tanah Merah semalam kerana cemburu selepas mengesyaki wanita itu mempunyai kekasih direman enam hari.

Perintah reman yang bermula hari ini hingga Ahad ini terhadap lelaki berusia 63 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini.

Tahanan reman itu bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI