fbpx
Jenazah mangsa tiba di Unit Forensik Hospital Tanah Merah, Tanah Merah sebentar tadi untuk proses bedah siasat. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

Tukang masak ditikam suami dua kali di belakang badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANAH MERAH – Seorang tukang masak yang dibunuh suaminya dalam kejadian di Kampung Paku, Gual Ipoh di sini hari ini meninggal dunia selepas ditikam dengan dua tikaman pada bahagian belakang badannya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan mendapati, mangsa bertengkar dengan suaminya sebelum ditikam dengan menggunakan sebilah pisau.

“Kejadian itu berlaku selepas suspek yang merupakan suami mangsa mengesyaki wanita itu mempunyai kekasih. Lelaki itu dipercayai menikam bahagian belakang badan isterinya dengan dua tikaman.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa dikatakan baru sahaja tiba di rumahnya dari Lembah Klang pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Mohd. Yusoff memberitahu, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 9 pagi esok untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, kerana cemburu, seorang lelaki warga emas sanggup menikam isterinya hingga mati di rumah mereka di Kampung Paku, Gual Ipoh di sini hari ini selepas mengesyaki wanita itu mempunyai kekasih lain semasa bekerja di sebuah kantin sekolah di Selangor.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Mastura Abdullah, 40, meninggal dunia di ruang dapur rumah tersebut selepas ditikam suaminya yang berusia 63 tahun dengan senjata tajam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN