fbpx
SEORANG netizen membeli sebiji karipap tanpa mempunyai inti yang banyak. - Foto Stomp

Pembeli berang, bayar RM3 dapat karipap ‘oksigen’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang netizen kecewa apabila sebiji karipap yang dibeli pada harga SGD$1 (RM3) mempunyai inti yang sangat sedikit di Singapura, lapor portal berita Stomp hari ini.

Dia membeli karipap tersebut di kedai Makan Melaka, Pusat Beli-Belah Boon Lay pada 28 November lalu. 

“Saya beli saiz besar seperti biasa tetapi lihatlah intinya. Tidak sampai separuh pun dan kebanyakannya bawang,” katanya.

Pengguna berkenaan menjelaskan mengapa dia tidak memberitahu tentang karipap itu  kepada kedai tersebut.

“Saya sudah biasa dengan kejadian seperti ini, di mana mereka hanya buat tidak tahu, masuk telinga kiri keluar telinga kanan apabila kita beri maklum balas.

“Berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya rasa tiada gunanya bercakap dengan mereka dan lebih baik saya kongsi di Stomp supaya orang tahu apa yang mereka bayar,” ujarnya.

Sebagai respons kepada pertanyaan Stomp, kedai Makan Melaka berkata, mereka menghargai maklum balas tersebut dan menambah: “Kami akan sentiasa cuba sedaya upaya untuk memperbaiki perkhidmatan kami.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI