fbpx
PENYERANG Vietnam, Le Sy Bach (jersi merah) menyempurnakan peluang untuk menghasilkan gol keempat pasukannya. - FAM

Vietnam pasukan lebih baik – Ribera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sekali pun gagal layak ke Piala Asia Bawah 17 Tahun (B-17), pengendali skuad B-16 negara, Javier Jorda Ribera gembira untuk melihat potensi yang ada pada bakat muda di Malaysia ketika ini.

Ribera menjelaskan sepanjang pemerhatiannya ketika pusingan kelayakan, ada beberapa pemainnya memiliki potensi besar untuk terus menabur khidmat dengan pasukan di peringkat umur lebih atas.

“Sepanjang kejohanan, pasukan bekerja keras dan beraksi baik dengan meraih empat kemenangan dan kalah sekali. Kami tidak layak namun kami kini ada beberapa pemain yang boleh dipertimbangkan untuk ke peringkat umur seterusnya,” katanya.

Pada aksi di Stadium PVF, kelmarin, hasrat skuad negara layak ke pusingan akhir Piala Asia B-17 lebur selepas dibelasah Vietnam 4-0.

Mengulas lanjut, Ribera mengakui Vietnam adalah pasukan yang lebih baik malah anak buahnya juga gagal memanfaatkan peluang untuk cuba beri tekanan kepada pasukan tuan rumah.

“Vietnam menunjukan tahap terbaik mereka dan jaringan mereka juga memberikan tekanan kepada kami. Dapat dilihat kami bergelut untuk menangani serangan balas Vietnam.

“Pada separuh masa kedua, kami membuat penyelarasan untuk mendapatkan jaringan tetapi sekali lagi Vietnam memberikan reaksi dengan menjaringkan gol ketiga. Kami pula tidak mampu untuk menyempurnakan peluang terhidang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI