fbpx
Lokasi kejadian seorang wanita maut selepas dipercayai ditikam oleh suaminya di rumah mereka di Gual Ipoh, Tanah Merah hari ini.

Suami tikam isteri sampai mati di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANAH MERAH – Seorang wanita maut selepas dipercayai ditikam oleh suaminya di rumah mereka di Gual Ipoh dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, mangsa yang berusia 40 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Menurut sumber, suspek yang juga suami mangsa berusia 63 tahun ditahan polis selepas menikam mangsa menggunakan senjata.

“Mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Tanah Merah di sini untuk proses bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan jenazah mangsa baru sahaja diangkat untuk dibawa ke Hospital Tanah Merah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI