fbpx
Keadaan di dalam rumah mangsa di Kg. Koh, Sitiawan kelmarin.

Rumah warga emas dicangkul kepala dipecah masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Warga emas berusia 78 tahun yang maut akibat dicangkul di kepala di rumahnya di Kg. Koh, Sitiawan dekat sini kelmarin dipercayai menjadi mangsa kejadian pecah rumah.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, suspek yang memecah masuk kediaman mangsa kemudiannya dipercayai mencederakan mangsa menggunakan cangkul tersebut.

“Tiada tangkapan terhadap suspek lagi buat masa ini,” katanya di sini hari ini.

Media semalam melaporkan, kejadian tersebut dilaporkan oleh ahli keluarga mangsa di Balai Polis Kampung Koh kira-kira pukul 1.30 petang kelmarin.

Kejadian tersebut disedari oleh ahli keluarga si mati kira-kira pukul 12 tengah hari dan mereka terus membuat laporan polis.

Hasbullah berkata, siasatan pihak polis mendapati si mati dijumpai oleh ahli keluarga di ruang tamu rumah dalam keadaan terlentang berlumuran darah akibat daripada kecederaan di bahagian kepala dan muka.

“Pihak polis turut menjumpai sebatang cangkul terdapat kesan darah disyaki senjata digunakan oleh suspek.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat dan punca kematian disahkan akibat daripada kecederaan-kecederaan tumpul dan tajam di kepala.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI