fbpx
Iffa Asnita mendukung anaknya, Izz Zara Aileen Muhammad Saiful Ashraf meredah banjir di pekarangan rumah mereka di Persiaran Hamzah Alang, Meru, hari ini. FOTO: MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

Rumah kekal ‘kering’ walaupun banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Pelaburan RM150,000 seorang penduduk untuk menaik taraf rumahnya akhirnya berbaloi apabila kediamannya kekal ‘kering’ ketika banjir kembali melanda Meru pagi ini.

Menurut Iffa Asnita Abd. Hadi, 27, kerja-kerja naik taraf itu siap pada sebulan lalu dengan lantai dan bumbung rumah dinaikkan bagi mengelakkan air melimpah masuk kediaman mereka.

Katanya, kawasan sekitar Meru mula dilanda banjir kira-kira pukul 7 pagi tadi selepas hujan berterusan sejak pukul 1.30 petang semalam.

“Kediaman saya terletak di kawasan agak rendah dan paras air di luar rumah melebihi paras betis kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Air naik lagi cepat hari ini kerana longkang dan parit masih lagi dipenuhi air, kesan daripada banjir pada Isnin. Namun syukur, susulan kerja-kerja naik taraf itu membuatkan rumah tidak dimasuki air,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN