fbpx
Gambar hiasan.

Ribut Tropika Senyar sudah ‘mati’, hanya tinggal hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ribut Tropika Senyar dilaporkan sudah ‘mati’, sekali gus tiada lagi di Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, dalam masa sama dilaporkan masih terdapat tinggalan hujan, selain sistem cuaca baharu dilaporkan pagi tadi.

“Ya betul (sudah mati), tapi masih ada lagi tinggalan hujannya.

“Cuma ada lagi satu sistem cuaca baharu di luar pantai Kuantan yang baru terbentuk pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini, mengulas keadaan terkini susulan Ribut Tropika Senyar.

Terdahulu menerusi kenyataan MetMalaysia hari ini melaporkan, lekukan tropika dikesan semakin menghampiri perairan Pantai Timur dan ia berada pada kedudukan latitud 4.0 utara dan longitud 104.0 timur, iaitu kira-kira 81 kilometer di timur laut Kuantan.

Lekukan tersebut bergerak perlahan ke arah timur laut dengan kelajuan sekitar 5 kilometer sejam dan mencatatkan kelajuan angin maksimum 56 kilometer sejam.

MetMalaysia turut memaklumkan keadaan itu boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora di perairan Laut China Selatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN