fbpx
Tinubu berucap selepas bertemu dengan rakan sejawat di istana Elysee di Paris pada 28 November 2024. - AFP

Nigeria isytihar darurat, rekrut 20,000 polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ABUJA – Pemerintah Nigeria mengisytiharkan darurat kecemasan di seluruh negara susulan peningkatan serangan pengganas dan penculikan besar-besaran pelajar sekolah baru-baru ini, lapor saluran berita ABC News. 

Presiden Nigeria, Bola Tinubu dalam satu kenyataan berkata, kerajaan akan merekrut 20,000 anggota  polis tambahan sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan polis kepada 50,000 anggota. 

Beliau turut membenarkan agensi perisikan negara untuk menempatkan renjer hutan terlatih bagi melindungi kampung-kampung terpencil daripada kumpulan samseng bersenjata. 

“Ini adalah darurat nasional dan kami bertindak balas dengan menempatkan lebih ramai anggota keselamatan di lapangan, khususnya di kawasan yang berdepan ancaman keselamatan,” kata Tinubu. 

Penculikan besar-besaran oleh kumpulan lelaki bersenjata dan ancaman daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah meningkatkan tekanan ke atas Nigeria. 

Kumpulan penyerang  menculik seramai 25 pelajar di negeri Kebbi dan lebih 300 pelajar di negeri Niger pada minggu lalu. 

Tinibu juga menyeru perlindungan lebih ketat di beberapa buah sekolah, gereja dan masjid di kawasan pendalaman untuk mengelakkan serangan serupa berulang. 

Seorang penganalisis keselamatan di Lagos, Confidence McHarry berkata, penambahan anggota di lapangan tidak cukup untuk memastikan keamanan. 

Beliau berkata inisiatif tersebut boleh gagal tanpa menangani punca konflik seperti akauntabiliti kerajaan, aduan penduduk tempatan dan kebajikan tentera. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI