fbpx
Tangkap layar video TikTok keadaan terkini di Hatyai selepas air banjir surut.

[VIDEO] Banjir Hatyai: ‘Bagai dibadai tsunami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keadaan persekitaran bandar Hatyai, Thailand yang berlumpur, ditambah lagi dengan fasiliti dan bangunan rosak akibat banjir disifatkan seperti dilanda tsunami.

Itu antara luahan simpati orang ramai berdasarkan komen dan maklum balas pada pelbagai video serta gambar di media sosial terhadap keadaan terkini di Hatyai selepas banjir surut.

Antara lain yang boleh dilihat pada hantaran itu ialah kerosakan barangan berharga milik pemilik premis perniagaan, pelbagai jenis kenderaan tersadai rosak, malah turut terjejas kawasan hotel yang sebelum ini menjadi tumpuan pelancong asing.

Menerusi ruangan komen, orang ramai termasuk rakyat Malaysia bersimpati dengan bencana banjir di Hatyai dan mereka turut berdoakan keadaan di sana kembali pulih.

“Bagai dibadai tsunami yang tiada tanda. Tahu-tahu lenyap segala kemeriahan. Semoga dipermudah urusan mereka semua. Berbeza agama bukan menjadi sebab dan asbab kita boleh mengeji musibah orang,” komen pengguna Facebook Nurul Jannah.

“Macam tsunami,” komen seorang pengguna Facebook Haris Haroon menggambarkan keadaan pasca banjir di Hatyai.

“Hanya yang pernah melalui suasana banjir tahu akan peritnya kesan lepas banjir,” kata Zue Mid. – KOSMO! ONLINE

@affan.driverhatyai Yang ni depan hotel Siam saje #banjirhatyai2025 ♬ เสียงต้นฉบับ – bang_heng🇲🇾

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN