PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi keadaan kedai makan milik saudaranya dipercayai hampir musnah akibat ribut kuat melanda sejak malam tadi di Pantai Bagan Lalang, Sepang.
Menerusi hantaran pengguna Threads @Ashknzbr._ memaparkan keadaan ribut yang melanda kawasan tersebut sejak malam tadi.
“Kawasan sekitar pantai Bagan Lalang, Sepang. Setakat pukul 11.30 malam (malam tadi) sehingga pukul 3 pagi tadi. Video kedua sekitar pukul 1.54 pagi di rumah,” katanya.
Dalam perkongsian video berbeza, wanita tersebut turut berkongsi keadaan semasa kedai makan milik saudaranya yang hampir musnah akibat pokok tumbang.
Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai yang turut berkongsi keadaan di lokasi masing-masing, selain ramai bersimpati terhadap penduduk Bagan Lalang yang terjejas.
“Kita doakan Allah ganti setiap kerosakan dengan sesuatu yang lebih baik. Semoga Allah mudahkan urusan pembaikan dan tenangkan hati semua,” komen @Im.nna_10.
“Semoga semua mangsa yang terlibat dengan banjir dipermudah segala urusan. Utamakan keselamatan diri dan keluarga,” komen @Hafiez629. –KOSMO! ONLINE















