fbpx
ANGGOTA APM Raub membantu menarik kenderaan yang terjatuh ke dalam longkang di jalan Kampung Tersan di Lipis hari ini.

[VIDEO] Empat sekeluarga cemas, kereta jatuh longkang ketika redah banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAUB – Empat sekeluarga berhadapan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam longkang selepas melalui jalan di Kampung Tersan, di sini yang dinaiki air awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, keluarga berkenaan yang menaiki Toyota Vios dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan apabila melalui kawasan jalan yang dilimpahi air.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Raub, Samasuddin Kambade, berkata, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Setiba di lokasi kejadian, kami mendapati sebuah kereta berada di dalam longkang akibat keadaan jalan yang dinaiki air.

“Anggota APM segera membantu menarik kenderaan tersebut ke tempat selamat,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, empat mangsa terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berjaya dikeluarkan oleh anggota APM.

Katanya, seorang wanita warga emas yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dibawa ke Hospital Raub untuk pemeriksaan lanjut.

“Mangsa lain tidak mengalami kecederaan serius, namun keluarga itu masih dalam keadaan trauma selepas kejadian,”katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN