fbpx
Situasi ribut dan ombak tinggi yang berlaku sekitar Sepang awal pagi tadi.

[VIDEO] Penduduk Sepang tak tidur, ribut kuat sepanjang malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kebanyakan penduduk di sekitar daerah Sepang khususnya di Taman Sri Bayu dan Bagan Lalang melalui malam yang cukup mencemaskan apabila ribut kuat melanda tanpa henti sejak lewat malam tadi hingga awal pagi.

Keadaan angin kencang disertai hujan lebat itu bukan sahaja mengganggu waktu rehat, malah memaksa ramai penduduk berjaga-jaga sepanjang malam bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Seorang penduduk Bagan Lalang menggunakan akaun TikTok @casperrunner, berkongsi rakaman keadaan ribut kuat yang melanda kawasan tersebut pada tengah malam tadi.

“Bagan Lalang kena ribut,” katanya ringkas di ruang kapsyen.

Katanya, ribut tersebut turut menyebabkan insiden pokok tumbang di beberapa lokasi.

“Habis pokok tumbang. Kedai makan ikan bakar lepas Sepang Goldcoast tu pon ranap timpa pokok,” katanya.

Dalam perkongsian video berbeza, ada pengguna berkongsi rakaman laut di persisir pantai Bagan Lalang yang dilihat bergelora dan ombak setinggi dua meter berlaku awal pagi tadi.

Sementara itu, penduduk lain turut memaklumkan beberapa rumah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung akibat diterbangkan angin.

“Bumbung rumah mak saya di Taman Sri Bayu memang bocor habis. Penuh air dalam rumah. Memang kami berjaga satu malam sampai pagi ni,” kata Aisyah.

“Ribut kawasan sini mula datang dalam pukul 1.30 pagi tadi, memang kuat sangat, dengar bunyi bumbung rumah penduduk terangkat,” kata seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

@casperrunner Bagan Lalang kena ributt oiiii…. #sepang #nelayandarat #ribut ♬ bunyi asal – casperrunner

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN