fbpx
Salah seorang kumpulan yang melawan arus berang dan memukul penunggang motosikal tersebut. - TikTok

Yang melawan arus mengamuk, yang ikut peraturan kena pukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi sekumpulan penunggang motosikal memukul penunggang lain selepas mereka ditegur melawan arus ketika kesesakan jalan raya, lapor laman berita Detik semalam.

Kejadian berlaku di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, Jumaat lalu.

Berdasarkan video yang dimuat naik di platform TikTok, seorang penunggang motosikal dilihat berhadapan dengan sekumpulan penunggang lain yang melawan arus.

Bilangan kumpulan yang melawan arus terlalu ramai sehinggakan lelaki tersebut tidak dapat bergerak dan terperangkap di antara mereka.

Dia kemudian didengari memarahi kumpulan tersebut kerana menunggang secara melawan arus beramai-ramai.

Bagaimanapun, salah seorang daripada kumpulan itu memarahinya semula lalu memukul individu tersebut.

Tidak dijelaskan keadaan lelaki tersebut selepas itu dan sama ada kumpulan penunggang motosikal yang melawan arus dikenakan saman.

Pengarah Perunding Pertahanan Keselamatan Latihan (SDCI), Sony Susmana berkata, tabiat memandu melawan arus sudah menjadi ‘penyakit’ dalam kalangan pengguna jalan raya di Indonesia.

“Tabiat ini sering dilakukan oleh orang yang tergesa-gesa tanpa memikirkan keselamatan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN