fbpx
Tangkap layar video tular memaparkan keadaan ban pecah di Seri Keledang, Hulu Selangor.

[VIDEO] Ban pecah, Seri Keledang tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Beberapa laluan di Seri Keledang hingga Sungai Panjang, Tanjung Malim, Perak ditenggelami air susulan limpahan dari ban antara Sungai Selangor dan Sungai Slim ekoran hujan lebat hari ini.

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, limpahan air tersebut menjejaskan beberapa kawasan termasuk Changkat Bintang, Gedangsa dan Jalan Sungai Panjang.

“Selain itu air bertakung kerana hujan lebat dari awal pagi tadi hingga petang. Laluan tersebut hanya boleh dilalui oleh jentera atau kenderaan berat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Samsol Maarif berkata, sebahagian jalan ditutup kerana air naik dan melepasi jalan raya di Sungai Panjang, Tanjung Malim sedalam 0.3 meter.

“Pihak keselamatan menasihatkan motosikal dan kereta tidak melalui jalan tersebut. Kampung Belia II dan kawasan sekitarnya mungkin akan ditenggelami air hari ini.

“Pihak pejabat daerah dan pihak pengurusan telah bersiap siaga untuk membuka pusat pemindahan sementara (PPS),” ujarnya.

Katanya, pihak keselamatan dan agensi berkaitan akan memantau situasi semasa dan menutup laluan berisiko kepada pengguna jalan raya. Setakat ini belum ada pemindahan secara besar-besaran, tetapi pemantauan akan terus dilakukan kerana banyak kawasan kediaman ditenggelami air.

“Kalau air bertambah, hujan makin lebat, mangsa akan dipindahkan ke PPS,” katanya.

Terdahulu tular satu video di Facebook memaparkan kejadian ban pecah sehingga kawasan tersebut ditelenggami air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN