BUKIT KAYU HITAM – Seramai 36 pelajar dan empat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya dipindahkan dari Hotel Wangburapa Grand di Hatyai, Thailand selepas terkandas di negara tersebut sejak Jumaat lalu.
Menerusi perkongsian di Facebook UUM, paras air di kawasan hotel itu sudah surut membolehkan mereka dibawa keluar dengan lancar.
“Keajaiban berlaku. Tiba-tiba air surut di Hotel Wangburapa. Pasukan UUM termasuk Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Martadha di Hatyai pagi ini membawa pulang pelajar dan pensyarah,” katanya.
Kumpulan pelajar dan pensyarah terlibat kemudian dibawa menaiki trak menuju ke Central Hatyai sebelum bergerak ke sempadan Bukit Kayu Hitam. – KOSMO! ONLINE















